Bila belek-belek akhbar tadi, saya terlihat sesuatu yang menarik. Seorang artis yang cantik bertudung, selamat sudah bernikah dengan pasangannya. Bertudung. Allah, cantik sungguh ^_^
[Scroll ke bawah...]
Aiseh...sekali tudungnya 'terbang'
"Takpelah, asal dia menghormati hari mulia itu. Sekurangnya dia bertudung apa..."
Iyolah -_-
---------------
Isu di atas sekadar mukadimah. Moga artis dan suami berbahagia. Dan, moga lebih indah wibawa macam artis lama, si cantik Wilma :)

Identiti Manusia.
Encik Zaki sebut tadi dalam kelas Emosi dan Motivasi tentang IDENTITI. Nak tahu apa itu identiti? Persoalan di bawah mengusulkan beberapa ide seperti:
- "Bagaimana mahu dikenali dalam kelompok yang ramai?
- "Apa peranan kita dalam masyarakat?"
Langsung, bila kami yang menjawab, kami katalah identiti kami adalah sebagai rakyat Malaysia. Nuktah. Bangga tahap mahaguru...hehe :)
Encik Zaki senyum. Dan beliau tambah...
"Ia, itu di tempat pertama. No doubt! Tapi, sebenarnya 'on the top of the surface' adalah sebenarnya identiti kamu sebagai seorang Muslim.
Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah:"Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)" [Ar Raad: 30]
Isu satu: Islam Warisan
Islam di zaman ini, banyaknya sebagai WARISAN. ["Sebab mak ayah aku orang Islam"]
- Islam di zaman ini diguna sebagai satu pakaian yang ditanggalkan bila tidak perlu.
- Bagaikan makanan, yang sedap dipilih. Yang 'tak best' diluah semula.
- Islam jadi trend!
- Islam tidak lagi dijadikan identiti, yang sebentulnya meletakkan seseorang di tempat tertinggi antara semua manusia.
Isu dua: al Qolb, sang Enjin
Psikologist Barat menolak elemen hati dalam mendefinisi apa itu psikologi. Kata mereka, sains itu tentang "tangible" atau benda yang boleh dilihat, dirasa guna deria manusia. Menurut mereka lagi psikologi adalah..
'studi dan kajian secara saintifik terhadap sifat dan fikiran manusia"
Akan tetapi, dalam Islam hati dikatakan mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang. Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati” (Hadis riwayat Bukhari)
Langsung: mahu ikut mana; Islam atau Barat? [....dan apa kaitan antara dua isu terbabit?]
-----
Impak: Penyucian hati; agama sebagai warisan
Hati yang baik akan menjadi enjin dalam tubuh manusia. Ibaratnya sebuah kereta, enjin yang baik akan memudahkan perjalanan. Jikalah enjinnya kotor, minyak hitam tak tukar: Tentu ada masalah dengan perjalanan.
Jadi, hati merupakan elemen yang perlu dijaga rapi, melalui perbuatan-perbuatan baik, kepercayaan dan apa jua yang disebutkan; berlandas kebaikan dan yang diajar agama Islam.
Mewarisi agama, samalah dengan tidak mengetahui kenapa dan mengapa setiap tindakan itu dilakukan, dalam hidup sebagai Muslim. Ianya cuma sekadar "taklid" @ ikut-ikutan.
Tidaklah cukup sekadar melaksanakan, tapi tak tahu apa hikmah disuruh berbuat demikian, untuk siapa amal dilaksanakan, apakah sebab dan akibat tiap amalan hingga menjadi kewajipan.
Mengapa perlu tahu dan ambil tahu?
- Supaya Islam tidak hanya diwarisi.
- Supaya manusia tak memilih-milih amalan yang nak dibuat saja.[Yang susah tak payah buat
- Supaya, hati benar rasa dijaga, dan merasakan nikmat iman yang sebenar.
- Supaya, titlenya bukan sekadar Muslim, tapi Mukmin [yang percaya, yang beramal dan yang mengucapkan dengan penuh keimanan] dan sehujung Muhsin, melakukan kerna ianya kewajipan, tanda syukur pada Tuhan yang menghidup dan mematikan.
------------------
Bagaimana menjaga dan merawat hati?
Mulakanlah, dengan konsisten dan sabar untuk 5 perkara dalam rukun Islam. Itu makanan harian kita. Makanan untuk hati. Bila hati bersih, rasa dekat dengan Tuhan, mudah melakukan apa yang Tuhan suruh. Langsung, lebih mudah untuk mendapat cahaya [nur, petunjuk dan hidayah]
Ilmu tak melekat pada hati yang kotor. Kena dibersihkan dengan solatnya, dengan amal baiknya, bantu orang, senyum, sedekah..dan sebagainya.
Tuntas, jagalah hati, supaya agama bukan untuk menjadi warisan. Dan, akhirnya, agama Islam itulah identiti setiap manusia. Yang menjadi fitrah. Manusia takkan mampu hidup sendiri. Takkan mampu tanpa bergantung pada pencipta mereka sendiri yakni Tuhan Yang Maha Kasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang.
-------------------
Ingatlah MATI, kembali pada jalan Tuhanmu!!
1 comment:
Salam :)
Jujurnya, saya fikir isu ini agak ilmiah, perlu lagi dihimpun diksi dan contoh yg lebih mudah difaham dan bersifat santai.
Jika ada komentar, harap disalurkan..saya mahu terus kupas ttg ESQ (emosional-spiritual quotient) sbg landas dunia penulisan saya.
[Salam Blog ^_^ V
mentor_ulung@IIUM, Gombak
14 Shaaban 1428HIJRAH]
Post a Comment